Sekolah Rendah di negara-negara Barat Pendidikan_rendah

Di Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat, sekolah-sekolah rendahnya dipanggil primary schools. Kebanyakan budak-budak dihantar ke tadika sewaktu berusia lima tahun dan memulakan darjah satu atau first grade pada usia enam tahun. Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua sekolah adalah dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing. Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil "K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.